My Add

Friday 22 February 2013

Mursyidul Am TIBAI kutuk kenyataan Nik Aziz

KUALA LUMPUR, KHAMIS, 21 Februari, 2013: Kenyataan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyamakan penerima pelbagai bantuan kerajaan sebagai haiwan merupakan satu penghinaan kepada rakyat golongan berpendapatan rendah serta menolak konsep sedekah dan zakat dalam Islam.

Sehubungan itu, Mursyidul Am Tolak Individu Bernama Anwar Ibrahim (TIBAI), Muhammad Zahid Md. Arip mengutuk sekeras-kerasnya kenyataan itu yang menyamakan taraf manusia dengan haiwan sambil menyifatkan Nik Abdul Aziz sudah ‘salah makan ubat’.

Katanya, semasa kerajaan mengumumkan pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang pertama dahulu, Menteri Besar Kelantan itu sendiri menggalakkan ahli Pas untuk mengambil bantuan itu dan meminta duit itu disedekah kepada tabung parti, tetapi sekarang menghina pula penerimanya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment