My Add

Monday 11 February 2013

Najib beri komitmen BN mahu berikan terbaik kepada rakyat Pulau Pinang

GEORGETOWN, ISNIN, 11 Februari, 2013: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak memberi komitmen beliau serta Barisan Nasional (BN) mahu memberi yang terbaik kepada rakyat Pulau Pinang.

"Anda perlu tahu, kami ambil berat dan prihatin kepada penduduk Pulau Pinang sebagai Pulau Mutiara yang menjadi kebanggaan seluruh rakyat Malaysia.

"Yang terbaik untuk Pulau Pinang akan dinikmati pada masa depan," katanya.

Beliau berkata, kehadirannya ke negeri ini sejak kelmarin menandakan beliau sendiri mahu mendengar denyut nadi rakyat Pulau Pinang.

"Kita mahu dengar apa kata rakyat dan rakyat Pulau Pinang mahukan rumah mampu milik untuk dibeli.," katanya.

Beliau berkata, BN juga memberi jaminan akan sediakan 20,000 rumah mampu milik di negeri ini dalam tempoh lima tahun, selain menangani masalah kesesakan dengan menyediakan sistem monorel dan memperbaiki pengangkutan awam.

"Anda boleh bergantung harap kepada BN kerana apabila kita janji..ia janji yang ditepati" katanya. 

Pada majlis itu, anak lelaki Perdana Menteri, Ashman Najib turut menyampaikan ucapan Tahun Baru Cina kepada hadirin dalam bahasa Mandarin, sebelum ayahandanya memulakan ucapan pada majlis itu.

Terdahulu, Perdana Menteri, isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor serta kepemimpinan BN negeri dan Pusat dihiburkan dengan persembahan Psy yang menyampaikan lagu popularnya, Gangnam Style. - BH

No comments:

Post a Comment