My Add

Friday 22 February 2013

Najib lancar Program Jelajah Janji Ditepati di Terengganu esok

KUALA TERENGGANU, JUMAAT, 22 Februari, 2013: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak akan merasmikan Program Jelajah Janji Ditepati di Dataran Shahbandar di sini, esok.

Kenyataan yang dikeluarkan Unit Komunikasi (UKOM) kerajaan negeri Terengganu berkata, Perdana Menteri sebelum itu akan mengadakan tinjauan mesra di Pasar Besar Kedai Payang dan bersarapan bersama rakyat di situ.

Perdana Menteri juga dijangka hadir pada majlis minum petang bersama pemimpin parti komponen Barisan Nasional (BN) Terengganu di Riyaz Heritage Pulau Duyong.

Dalam acara berasingan pada sebelah petang, isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor akan merasmikan Taska PERMATA Keluarga di Kampung Serdang Baru Bukit Tunggal di sini. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment