My Add

Friday 22 February 2013

Nik Aziz hina rakyat, tolak erti bersyukur

KUALA LUMPUR, KHAMIS, 21 Februari, 2013: Kenyataan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyamakan penerima bantuan daripada Kerajaan Pusat seperti haiwan, jelas merupakan satu bentuk penghinaan kepada rakyat khususnya mereka yang berpendapatan rendah.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, kenyataan itu juga amat keterlaluan dan tidak sepatutnya dikeluarkan oleh seorang pemimpin parti yang kononnya memperjuangkan Islam.

Menurutnya, Nik Aziz sebagai ulama seharusnya mengajar konsep berterima kasih kepada pihak yang memberi bantuan.

''Beliau juga patut ajar erti bersyukur dengan rezeki yang Allah beri daripada manusia atau pemimpin yang terbuka hati untuk memberi bantuan.

"Jelas kenyataan beliau satu bentuk penghinaan kepada rakyat dan menyamakan mereka dengan haiwan amatlah keterlaluan," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment