My Add

Friday 15 February 2013

Operasi menyamar JPJ kesan 266 kesalahan lalu lintas

KUANTAN, JUMAAT, 15 Februari, 2013: Sebanyak 266 kesalahan dikesan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Pahang dalam operasi penyamaran yang dilakukan anggota penguatkuasa agensi itu bagi menangani kesalahan lalu lintas.

Ketua Penolong Pengarah (Penguatkuasa) JPJ Pahang, Mohd. Johari Mat Nor berkata, operasi itu diadakan sekitar daerah Kuantan dengan menempatkan anggota berpakaian preman di beberapa lokasi strategik bagi merakam kesalahan pengguna jalan raya.

"Kesalahan yang dilakukan ialah tidak memakai topi keledar, membuat pusingan U di tempat yang tidak dibenarkan, memotong di garisan berkembar, menggunakan telefon bimbit ketika memandu dan melanggar lampu isyarat merah.

"Anggota terbabit berjaya merakam setiap kesalahan yang dilakukan sebagai bukti sekiranya mereka enggan membayar saman dan kes itu dibawa ke mahkamah," katanya kepada pemberita selepas meninjau operasi di depan Stadium Darul Makmur hari ini.

Beliau berkata, selain itu, pihaknya mengadakan operasi sama di Jalan Gambang-Kuantan dan di beberapa persimpangan lampu isyarat sekitar Kuantan.

Mohd. Johari berkata, pendekatan itu dilihat satu kaedah bagi menangani pengguna jalan raya yang tidak mematuhi peraturan.

"Operasi sejak sambutan perayaan Tahun Baharu Cina itu akan diteruskan dari semasa ke semasa dalam mendidik pemandu supaya melakukan pemanduan secara berhemah," katanya. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment