My Add

Thursday 14 February 2013

Ops Valentine: Lima pasangan kekasih dicekup

Oleh AZRAI MOHAMMAD

*SEORANG pegawai penguat kuasa Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) menahan pasangan ini dalam Ops Valentine jabatan itu di sebuah hotel di Kuala Lumpur, awal pagi ini. - UTUSAN

KUALA LUMPUR, KHAMIS 14 Februari, 2013: Sebanyak lima pasangan kekasih dicekup dalam `Ops Hari Valentine’ oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) atas kesalahan berkhalwat dalam serbuan di lapan buah hotel bajet sekitar ibu negara awal pagi ini.

Pegawai Perhubungan Awam Kanan Jawi, Tuan Asmawi Tuan Omar berkata, kesemua lelaki dan pasangan berusia antara 20 hingga 50 tahun itu ditahan dalam operasi bermula pukul 12 tengah malam hingga 3.30 pagi.

Katanya, dalam operasi disertai oleh 60 anggota daripada cawangan penguatkuasaan itu, Jawi mengeluarkan surat perintah hadir ke ibu pejabat Jawi kepada sembilan individu termasuk dua wanita atas kesalahan bersubahat meminum minuman keras, berkhalwat serta berkelakuan tidak sopan di khalayak ramai. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment