My Add

Tuesday 19 February 2013

'Parasit' PKR cuba tentukan calon PRU-13?

KUALA LUMPUR, ISNIN, 18 Februari, 2013: Krisis politik dalaman pakatan pembangkang semakin bercelaru apabila golongan 'parasit' dalam Parti Keadilan Rakyat (PKR) dikesan cuba menentukan calon mereka dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) nanti.

Menurut Pemimpin Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA) Kedah, Zamil Ibrahim, beliau dimaklumkan pihak tertentu yang golongan tersebut kini berusaha untuk mengetepikan tiga Exco Kerajaan Negeri Kedah dan dua ahli Parlimen daripada parti itu untuk dilantik semula menjadi calon.

"Golongan parasit dalam PKR inilah yang membiakkan benih sehingga tumbuhnya golongan itu dalam Pas.

"Peranan parasit PKR kini amat menyerlah kerana sedang mengatur calon-calon PRU-13 walaupun telah ada Pengarah PKR negeri masing-masing," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment