My Add

Saturday 16 February 2013

Pas alami krisis dalaman serius?

PASIR MAS, JUMAAT,15 Februari, 2013: Pas Kelantan dikatakan mengalami krisis dalaman yang serius sehingga menyebabkan Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tidak dapat berundur meskipun pernah menyatakan hasratnya untuk berbuat demikian.

Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali mendakwa, krisis dalaman yang melanda Pas Kelantan itu membabitkan soal bakal calon Menteri Besar sekiranya Nik Abdul Aziz berundur.

Beliau mendakwa, perebutan jawatan tertinggi dalam pentadbiran kerajaan negeri itu menyebabkan Pas Kelantan kini berpecah kepada dua puak melibatkan kumpulan Timbalan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob dan Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan negeri, Datuk Husam Musa.

Katanya, Husam pernah dianggap sebagai 'anak emas' Nik Abdul Aziz, namun dikatakan tidak mendapat sokongan daripada kepimpinan Pas negeri yang lain. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment