My Add

Friday 22 February 2013

Pas dicabar buat laporan polis

Oleh OPAT RATTANACHOT
 SUNGAI PETANI, KHAMIS, 21 Februari, 2013: Pas Kedah dicabar membuat laporan polis bagi menafikan kira-kira 50 individu yang mengadakan perhimpunan membantah kepimpinan Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak, di Kota Sarang Semut, dekat sini semalam, bukan ahli parti itu.

Bekas Ketua Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat (PKR) Kedah, Zamil Ibrahim berkata, tindakan itu perlu dilakukan memandangkan Pas sebelum ini sering membuat laporan polis menafikan ahli mereka mengadakan demonstrasi berhubung pelbagai isu yang tidak sehaluan dengan parti.

"Dalam kes bantahan berhubung isu kalimah Allah baru-baru ini, Pas membuat laporan polis menafikan individu yang berhimpun bukan ahli mereka tetapi ditaja atau didalangi pihak lain.

"Jadi dalam kes perhimpunan membantah kelemahan kepimpinan Azizan semalam, saya cabar mereka, kalau bukan ahli Pas yang berhimpun itu, buatlah laporan polis," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment