My Add

Monday 18 February 2013

Pas perlu segera keluar pakatan - Hasan Ali

PONTIAN, AHAD, 17 Februari, 2013: Pas perlu segera keluar daripada pakatan pembangkang berikutan tindakan DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang tidak menghormati parti itu apabila terus mempertikaikan keputusan Majlis Syura Ulama Pas mengenai isu kalimah Allah.

Presiden Jalur Tiga (Jati), Datuk Dr. Hasan Ali menegaskan, tiada gunanya Pas terus berada dalam pakatan pembangkang apabila kedua-dua sekutunya terus berbuat demikian.

"Pas sepatutnya keluar daripada pakatan pembangkang kerana tiada gunanya berada di dalamnya kerana setiap keputusan yang dibuat mengenai Islam tidak direstui oleh DAP dan PKR.

"Bukan sahaja dalam isu kalimah Allah, malah dalam beberapa kejadian sebelum ini seperti di Selangor, Kelantan dan Kedah, DAP dan PKR menjadi penghalang kepada Pas apabila melibatkan soal Islam," katanya selepas menyampaikan ceramah perdana Selamatkan Islam dan Kalimah Allah di padang mini Rambah, di sini malam tadi. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment