My Add

Friday 8 February 2013

Pas tidak tahu pertemuan sulit Anwar

KUALA LUMPUR, KHAMIS, 07 Februari, 2013: Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali mengakui Pas tidak tahu mengenai 'perjumpaan sulit' yang didakwa berlaku antara Timbalan Mursyidul Am, Datuk Dr. Haron Din dengan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada malam Isnin lalu.

Oleh itu, beliau menyifatkan 'pertemuan sulit' itu sebagai perjumpaan biasa di antara dua sahabat lama. Jika pertemuan itu benar berlaku katanya, beliau yakin ia dibuat atas kapasiti peribadi Haron dan bukannya urusan rasmi di antara Pas, Parti Keadilan Rakyat (PKR) atau DAP.

"Saya tidak tahu mengenai pertemuan itu, jadi saya tak boleh nak komen banyak.

"Kalau benar pun, saya yakin ia pertemuan biasa di antara dua sahabat lama. Apa yang pelik jika kawan-kawan berjumpa," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas pendedahan sebuah blog mengenai pertemuan di antara Haron dan Anwar selama sejam yang didakwa berlaku di kediaman Anwar di sini pada malam Isnin lalu. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment