My Add

Monday 11 February 2013

Pelabuhan bebas mampu rangsang ekonomi Pulau Pinang

GEORGETOWN, ISNIN, 11 Februari, 2013: Usaha memulihkan status pelabuhan bebas diPulau Pinang boleh merangsang ekonomi pelbagai bidang di negeri ini, kata Pengerusi Dewan Perhimpunan Cina Pulau Pinang (DPCPP), Datuk Lam Wu Chong.

Katanya, pihaknya yakin jika pelabuhan bebas dilaksanakan di Pulau Pinang akan dapat memberi manfaat kepada banyak pihak terutama sekali industri pelancongan.

"Keadaan menjadi lebih sempurna jika Pulau Pinang memulih status pelabuhan bebas sebagai syurga membeli-belah industri pelancongan. Saya percaya semua rakyat negeri ini mengharapkannya," katanya semasa berucap pada Majlis Sambutan Tahun Baru Cina anjuran DPCPP, di dewan berkenaan di sini, hari ini.

Majlis itu dihadiri Yang DiPertua Negeri Pulau Pinang, Tun Abdul Rahman Abas dan isteri, Toh Puan Majimor Shariff, Perdana Menteri Datuk Seri Najib TunRazak, bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi dan Ketua Menteri Lim Guan Eng.

Lam berkata, ekonomi Pulau Pinang juga memerlukan suntikan unsur baru bagi mengembalikan ekonomi yang lebih memberangsangkan.

"Menurut laporan profesional, Pulau Pinang yang bergantung pada sektor perindustrian semakin hilang daya saing dan masalah perkembangan ekonomi yang kurang memberangsangkan.

"Ketika ini cadangan mengemukakan pemulihan status pelabuhan bebas adalah seiring dengan keperluan elemen ekonomi Pulau Pinang," katanya.
Pulau Pinang sejak zaman kolonial, adalah sebuah pelabuhan bebas sehingga status itu dibatalkan pada 1969.

Sementara itu, Lam berkata rakyat Pulau Pinang menyokong pelan keretapi monorel kerana ia dapat mengatasi masalah kesesakan lalu lintas yang menjadi masalah utama di negeri ini.

"Orang awam bingung dengan masalah kesesakan lalu lintas dan masalah ini perlu diatasi dengan segera. Jika kita mengimbas bandar utama di seluruh negara, lazimnya ada kemudahan yang melancarkan kesesakan lalu lintas, iadi lengkapi dengan keretapi bawah tanah dan tiada masalah trafik," katanya.

Baru-baru ini, perdana menteri ketika menghadiri satu majlis di Pulau Pinang berjanji membina sistem pengangkutan monorel di negeri ini sekiranya Barisan Nasional (BN) diberi mandat mentadbir semula Pulau Pinang dalam Pilihan Raya Umum Ke-13. - BERNAMAa

No comments:

Post a Comment