My Add

Friday 8 February 2013

Pembangkang perlu terima jika kalah PRU-13 - Najib

KUALA LUMPUR, JUMAAT, 08 Februari, 2013: Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, pihak pembangkang harus menghormati dan menerima keputusan yang dibuat oleh rakyat tanpa perlu berhasrat untuk menimbulkan huru-hara sekiranya mereka kalah pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) nanti.

Mengulas mengenai peringatan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad mengenai amaran Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mencetuskan demonstrasi besar-besaran jika pembangkang kalah pada PRU ini, Perdana Menteri berkata, menghormati keputusan oleh rakyat itu adalah prinsip penting yang di amal di negara ini.

"Jika dia (Anwar) kata dia percaya pada demokrasi, dia tidak boleh tolak sesuatu yang telah diputuskan oleh rakyat," kata Najib pada sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO di sini petang ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment