My Add

Friday 22 February 2013

Pembantu kafeteria didakwa bersubahat galak keganasan

*MUHAMMAD Hilmi Hasim yang didakwa bersubahat dengan bekas tahanan ISA, Yazid Sufaat kerana terlibat dalam keganasan dikawal ketat oleh pegawai polis ketika dibawa memasuki Mahkamah Majistret Ampang, Selangor, semalam.

KUALA LUMPUR, KHAMIS, 21 Februari, 2013: Seorang pembantu kafeteria dihadapkan ke Mahkamah Majistret Ampang dekat sini hari ini atas tuduhan bersubahat menggalakkan keganasan untuk memajukan ideologi dengan niat mengugut orang awam di Syria, tahun lalu.

Muhammad Hilmi Hasim, 33, didakwa bersubahat melakukan perbuatan itu dengan bekas tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), Yazid Sufaat, 49, yang juga merupakan pengusaha kafeteria di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur.

Muhammad Hilmi yang memakai baju kemeja berwarna biru muda dan berseluar jeans serta bergari itu mengangguk tanda faham terhadap pertuduhan yang dibacakan kepadanya di hadapan Majistret Zuliana Zulkapli. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment