My Add

Thursday 14 February 2013

Pemberontak Syria tawan pangkalan strategik tentera di utara

BEIRUT, KHAMIS, 14 Februari, 2013: Pemberontak Syria dilaporkan kini menguasai hampir semula pangkalan strategik tentera di utara negara itu selepas tercetus pertempuran sengit dengan tentera rejim Presiden Bashar al-Assad, semalam.

Kumpulan pemantau berkata, kompleks tentera dikenali sebagai Pangkalan 80, berjaya dikuasai yang berdekatan dengan Lapangan Terbang Antarabangsa Aleppo serta lapangan terbang tentera Nayrab.

Pemberontak melancarkan serangan bersepadu di kedua-dua lapangan terbang semalam, demikian menurut Badan Pemerhati Hah Asasi Syria.

Berpuluh pejuang pemberontak dan askar kerajaan dilaporkan terbunuh dalam pertempuran sengit itu. - AFP 

No comments:

Post a Comment