My Add

Tuesday 12 February 2013

Pemberontak tawan empangan terbesar Syria

BEIRUT, SELASA, 12 Februari, 2012: Kumpulan pemberontak semalam berjaya menawan empangan terbesar di Syria yang merupakan halangan terpenting di sepanjang Sungai Euphrates di utara wilayah Raqa.

Pengarah Pertubuhan Pemantau Hak Asasi Manusia bagi Syria, Rami Abdel Rahman berkata, empangan tersebut masih beroperasi ketika pemberontak menawannya.

"Pemberontak mengawal kedua-dua pintu utama empangan tersebut, namun tidak membenarkan anggotanya berada di dalam kompleks empangan kerana khuatir dibom tentera kerajaan.

"Penguasaan pemberontak di empangan tersebut menyebabkan pentadbiran Presiden Basyar al-Assad bakal mengalami krisis ekonomi yang teruk," katanya. - AFP

No comments:

Post a Comment