My Add

Tuesday 12 February 2013

Pemimpin pembangkang tiru pelakon filem Tamil?

KUALA LUMPUR, ISNIN, 11 FebRUARI, 2013: Pemimpin pakatan pembangkang terutama pemimpin India didakwa sibuk menggunakan strategi meniru aksi pelakon-pelakon popular filem Tamil ketika memberikan ceramah atau berjumpa rakyat bagi menarik semula sokongan pengundi India.

Bekas Bendahari Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor, S. Kottapan yang mendedahkan perkara itu berkata, tidak dinafikan kisah pembangkang tersebut mungkin kelihatan lucu namun taktik sebegitu boleh mencapai matlamat mereka memandangkan masyarakat India terlalu fanatik dengan hero-hero filem Tamil di India.

Malah katanya, strategi itu turut digemari oleh Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana beliau sering melakonkan watak dalam Sivaji the Boss yang dibawa oleh pelakon aksi Tamil terkenal Rajnikanth.

"Memang tiga pelakon hero Tamil iaitu Rajinikanth, Kamal Hasan dan MGR merupakan tiga watak yang menjadi pilihan para pemimpin pakatan pembangkang untuk dijadikan modal kempen politik mereka. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment