My Add

Tuesday 19 February 2013

Pencerobohan di Lahad Datu: Kerajaan masih buka rundingan

Oleh ABDUL RASHID ABDUL RAHMANLAHAD DATU, SELASA, 19 Februari, 2013: Kerajaan masih membuka ruang rundingan kepada kumpulan bersenjata yang mendakwa sebagai Tentera Diraja Kesultanan Sulu dan menceroboh masuk di Kampung Tanduo di sini sejak minggu lalu bagi memastikan tiada pertumpahan darah berlaku.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, pihaknya juga akan memberi ruang kepada pihak-pihak lain yang boleh membantu mencari jalan penyelesaian terbaik bagi menangani kes berkenaan.

“Dalam apa juga keadaan, fokus utama kita adalah menyelesaikannya secara baik dan pada masa sama memastikan kawasan ini sentiasa terkawal.

“Langkah ini tidak bermakna kita tunduk kepada mana-mana pihak. Ruang ini diberi bagi memastikan pihak-pihak yang bukan militan agama atau pengganas dapat bekerjasama dengan kita supaya tidak menjurus kepada insiden yang tidak diingini," katanya kepada pemberita selepas mendengar taklimat di Kem Batalion 17 Pasukan Gerakan Am di Felda Sahabat 16 di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment