My Add

Saturday 16 February 2013

Penduduk dilarang dekati tahi bintang

 *AWAN kelihatan di laluan tahi bintang itu.

MOSCOW, JUMAAT, 15 Februari, 2013: Pihak berkuasa Rusia semalam meminta para penduduk supaya jangan mendekati sebarang objek yang dipercayai serpihan tahi bintang.

Tahi bintang itu jatuh ke dalam sebuah tasik dekat Chebakul, wilayah Chelyabinsk Oblast semalam.

"Kementerian Kecemasan Rusia memberi amaran kepada penduduk di kawasan pergunungan Ural supaya tidak mendekati objek yang tidak dikenali," kata kementerian berkenaan di laman webnya.

 *SEBUAH bangunan runtuh akibat letupan kuat tahi bintang tersebut.

Akademi Sains Rusia menganggarkan tahi bintang itu bergerak selaju 54,000 kilometer sejam.

Tahi bintang itu menyebabkan 1,000 orang mengalami kecederaan akibat terkena serpihan kaca tingkap bangunan akibat letupan semasa ia jatuh ke dalam tasik itu.

Pihak akademi menyatakan, ia menghantar beberapa kakitangannya ke lokasi tempat tahi bintang itu jatuh. - Agensi/KOSMO

No comments:

Post a Comment