My Add

Thursday 14 February 2013

Pengarah SPR Zimbabwe letak jawatan

HARARE, KHAMIS, 14 Februari, 2013: Pengarah Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Zimbabwe meletak jawatannya semalam, menjelang pembentukan Perlembagaan baharu pada Mac depan dan pilihan raya umum yang akan diadakan pada Julai depan.

Menteri Kehakiman, Patrick Chinamasa mengesahkan peletakan jawatan Simpson Victor Mutambanengwe, yang dilihat akan menyukarkan usaha kerajaan membentuk Perlembagaan baharu dan melaksanakan pilihan raya umum.

“Beliau merupakan seorang yang berpengalaman dalam mengendalikan pilihan raya dan kehilangannya dalam SPR akan menyulitkan keadaan," kata Chinamasa. - DPA

No comments:

Post a Comment