My Add

Thursday 21 February 2013

Pengerusi DAP jangan campur politik dalaman Pas

KUALA LUMPUR, RABU, 20 Februari, 2013: Bekas Setiausaha Angkatan Muda Keadilan (AMK), SD Johari Yasin meminta Pengerusi DAP, Karpal Singh tidak mencampuri politik dalaman Pas.

Berikut adalah kenyataan penuh SD Johari:

1. Karpal Singh tidak perlu sibuk dengan politik dalaman Pas sebab kedudukan beliau sebagai Pengerusi DAP pun belum tentu sah. Jadi atas kapasiti apa yang beliau hendak buat komen untuk paksa orang Melayu terima Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri? Atas kapasiti apa Karpal mahu paksa orang Melayu dan Islam ikut cakap dia pasal kalimah Allah?

2. Karpal Singh perlu selesaikan masalah pemilihan semula Jawatankuasa Kerja Pusat (CEC) yang dianggap tidak sah oleh ramai ahli DAP. Jika pemilihan CEC tidak sah, jawatan Karpal sebagai Pengerusi pun tidak sah juga. Maka, Karpal hanya bercakap atas kapasiti seorang individu sahaja dan bukan suara rasmi parti DAP.

3. Karpal Singh janganlah pura-pura buat tak tahu fakta sebenar tentang kesahihan CEC dan juga kesahihan jawatan beliau sebagai Pengerusi. Ramai peguam dalam negara ini sudah tahu hakikat sebenar tentang kedudukan beliau mengikut peruntukan Akta Pertubuhan 1966. Karpal jangan anggap beliau above the law. DAP perlu buat pemilihan semula untuk memperbetulkan pelantikan Karpal sebagai Pengerusi DAP. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment