My Add

Monday 18 February 2013

Pengurus dedah ancaman bunuh terhadap Psy - Polis

 *SALINAN SMS dari pengurus Psy yang dihantar kepada pihak polis Pulau Pinang berhubung ancaman bunuh terhadap artisnya ketika Psy mengadakan persembahan sempena sambutan Tahun Baharu Cina 1Malaysia di Pulau Pinang baru-baru ini. - UTUSAN

Oleh NORAZLINA ISMAIL
TASEK GELUGOR, ISNIN, 18 Februari, 2013: Polis mengesahkan pengurus Psy sendiri yang memaklumkan adanya ancaman terhadap penyanyi lagu "Gangnam Style" itu ketika membuat persembahan pada sambutan Tahun Baharu Cina 1Malaysia, di sini 11 Februari lalu.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata, pengurus artis terkenal dari Korea Selatan yang hanya dikenali sebagai Dan itu ada mengirimkan khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada pihak polis bagi memaklumkan perkara tersebut.

"Polis terima satu SMS daripada pengurusnya memaklumkan mengenai ancaman bunuh ke atas penyanyi itu pada pukul 8 malam 10 Februari lalu, sehari sebelum penyanyi itu membuat persembahan.

"Dalam SMS itu juga, pengurus Psy meminta kawalan keselamatan yang ketat diberikan kepada penyanyi itu semasa beliau tiba di lapangan terbang sehinggalah beliau pulang," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Program Sahsiah Unggul Murid di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Al-Irsyad di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment