My Add

Saturday 16 February 2013

Penyamun Boy Black tumpas

Oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR

*NOR Hashim Mohamad menunjukkan antara barangan rompakan yang berjaya dirampas dari kumpulan penjenayah Boy Black pada sidang akhbar di IPD Nusajaya, Johor Bahru, semalam. - UTUSAN/RAJA JAAFAR ALI

NUSAJAYA, JUMAAT, 15 Februari, 2013: Polis percaya dapat menumpaskan satu kumpulan penjenayah dikenali sebagai Boy Black yang bertanggungjawab dalam sekurang-kurangnya 11 kes samun di daerah ini dan Johor Bahru.

Ketua Polis Daerah Nusajaya, Supritendan Nor Hashim Mohamad berkata, kejayaan itu bermula dengan penangkapan dua suspek lelaki warga tempatan di Jalan Bukit Impian, Taman Impian, Kempas dekat sini pada pukul 3 petang, Sabtu lalu, hasil maklumat orang awam dan risikan.

Beliau berkata, susulan itu, pihaknya melakukan dua serbuan di dua buah rumah di Jalan Naga, Taman Harmoni, Skudai serta Jalan Pulai Indah, Taman Pulai Indah pada pukul 6.40 petang. - UTUSAN 

No comments:

Post a Comment