My Add

Monday 18 February 2013

Penyanyi 'country', Mindy McCready ditemui mati

ARKANSAS, ISNIN, 18 Februari, 2013: Penyanyi yang terkenal dengan lagu-lagu country, Mindy McCready ditemui mati dipercayai menembak dirinya sendiri, dalam satu kejadian di sini semalam.

Mayat McCready, 37, ditemui terbaring di rumahnya di Heber Springs di sini selepas jirannya mendengar suara tembakan dan kemudian melaporkannya kepada pihak polis.

Penyanyi itu sebelum turut menembak seekor anjing peliharaannya.

McCready meninggalkan dua anak, Zander, 6, dan Zayne, 9 bulan. Kematiannya itu berlaku kira-kira sebulan selepas kematian teman lelakinya, pencipta lagu David Wilson, 34. Kematian Wilson masih dalam siasatan. - AGENSI/UTUSAN

No comments:

Post a Comment