My Add

Wednesday 13 February 2013

Penyokong Pas lapor polis selepas diugut

KUANTAN, SELASA, 12 Februari, 2013: Seorang penyokong Pas kawasan Jerantut membuat laporan polis di Balai Polis Kuantan di sini selepas menerima ugutan ekoran bantahannya terhadap cadangan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng agar kalimah Allah dibenar digunakan oleh bukan Islam.

Mohd. Rolbani Ibrahim, 30, berkata, dia menerima panggilan tersebut daripada seseorang tidak dikenali pada pukul 8.30 pagi ini yang mahu dia menarik balik kenyataannya dan berjumpa serta meminta maaf dengan pemimpin Pas kawasan Felda Sungai Rentang di Jerantut.

"Individu tersebut juga mengugut akan menyaman saya jika tidak membuat permohonan maaf,'' katanya ketika ditemui selepas membuat laporan polis di balai tersebut di sini hari ini.

Pada 6 Februari lalu, Mohd. Rolbani bersama kumpulan penyokong Pas berhimpun di pekarangan Masjid As-Syakirin, Maran membantah tindakan Guan Eng yang mahu bukan Islam dibenar menggunakan kalimah Allah. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment