My Add

Thursday 14 February 2013

Perdana Menteri pengerusikan mesyuarat UMNO Sabah


*NAJIB mempengerusikan Mesyuarat Badan Perhubungan UMNO Sabah di Kota Kinabalu malam tadi. Turut sama Musa Aman. - BERNAMA

KOTA KINABALU, RABU, 13 Februari, 2013: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak memulakan lawatan kerjanya selama dua hari ke Sabah dengan mempengerusikan mesyuarat tertutup Badan Perhubungan UMNO negeri di Bangunan UMNO di sini malam ini.

Mesyuarat bermula kira-kira pukul 8.30 malam itu turut dihadiri oleh Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman; Timbalan Ketua Menteri, Datuk Seri Yahya Hussin; Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri, Datuk Seri Mohd. Salleh Said Keruak dan Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal yang juga Ketua UMNO Bahagian Semporna.

Difahamkan mesyuarat itu memfokuskan kepada persiapan terkini jentera pilihan raya UMNO negeri bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13 yang bakal diadakan pada bila-bila masa.

Pagi esok, Perdana Menteri dijangka mengadakan pertemuan dengan pemimpin Barisan Nasional (BN) Sabah sebelum menghadiri majlis bersama rakyat di Padang Pekan Beaufort kira-kira pukul 9.30 pagi, diikuti majlis sama di Papar sebelum merasmikan Program Nadi Kasih peringkat negeri di Tuaran pada pukul 3.30 petang. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment