My Add

Thursday 21 February 2013

Perkasa bukan barua BN - Syed Hassan


*SYED Hassan Syed Ali (kanan) menyaksikan majlis penyampaian hadiah kepada pemenang pertandingan futsal sempena Himpunan Melayu Sejati Perkasa Malaysia, di Kota Tinggi, Johor, semalam.

KOTA TINGGI, RABU, 20 Februari, 2013: Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) bukan ‘barua’ kepada Barisan Nasional (BN) tetapi mahu berlaku adil kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dengan memberi peluang kepada beliau untuk membuktikan keupayaannya.

Setiausaha Agungnya, Syed Hassan Syed Ali berkata, mandat yang kuat dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 adalah satu-satunya cara untuk Najib melaksanakan sepenuhnya janji transformasi yang menjadi agenda utama kerajaan hari ini.

“Saya nak ingatkan kepada semua, Perkasa bukan barua BN tetapi kami merasakan pentingnya berlaku adil kepada Perdana Menteri yang perlukan mandat lebih besar untuk bawa negara lebih maju ke hadapan.

“Che Det (Tun Dr. Mahathir Mohamad) dulu membawa pelbagai kemajuan menerusi mandat yang kuat, tidak adil kalau membandingkan beliau dengan Perdana Menteri yang bekerja keras selepas PRU-12.

“Saya percaya Perdana Menteri mempunyai keupayaan yang tinggi kerana sekarang ini pun kita dapat melihat agenda transformasi yang dibawanya," katanya kepada Utusan Malaysia.

Beliau berkata demikian selepas menyampaikan ceramah dalam majlis Himpunan Melayu Sejati Perkasa Malaysia, ‘Pesan Orang Tua-tua... Buat Baik Berpada-pada, Buat Jahat Jangan Sekali’ di Dataran Wisma JKKR Felda Lok Heng Selatan, dekat sini kelmarin.

Majlis anjuran Perkasa, Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Rancangan Felda Lok Heng Selatan serta Persatuan Majlis Belia Felda Malaysia Lok Heng Selatan itu dihadiri lebih 1,000 penduduk tanah rancangan tersebut.

Syed Hassan turut mengingatkan rakyat di seluruh negara agar tidak termakan janji pembangkang yang kononnya mahu menurunkan harga minyak, mewujudkan pendidikan percuma dan menghapuskan tol selain sering mengadakan pelbagai demonstrasi jalanan. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment