My Add

Thursday 14 February 2013

Peruntukan besar kepada Sabah bukti keprihatinan kerajaan BN

BEAUFORT, KHAMIS, 14 Februari, 2013: Kerajaan pusat memperuntukkan sejumlah RM23.2 bilion dalam Rancangan Malaysia Ke-10, termasuk RM7 bilion pada tahun lalu, untuk pelaksanaan pelbagai projek pembangunan, pendidikan dan kesihatan di Sabah.

Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman, berkata ini adalah bukti keprihatinan kerajaan Barisan Nasional (BN) membela nasib rakyat Sabah dan penduduknya akan terus menikmati kemajuan seiring kemajuan negara.

"Ini betapa besar peruntukan kerajaan BN, parti yang berjuang bela nasib rakyat. Bukan parti pembangkang terutama Parti Keadilan Rakyat, PAS yang datang Sabah mengatakan... kesian orang Sabah, parti BN tidak buat apa-apa dan tidak bagi peruntukan untuk Sabah," katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bersama rakyat yang dihadiri kira-kira 50,000 orang pelbagai lapisan masyarakat di sini, hari ini.

Turut hadiri pada majlis itu isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor; Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman; Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Shafie Apdal; Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Tan Sri Bernard Dompok dan Timbalan Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Joseph Pairin Kitingan.

Sambil mengulangi janji untuk terus membangunkan Beaufort, Musa mengajak rakyat Sabah supaya menolak pembangkang dan menyokong pemimpin yang akan mewakili mereka untuk kesinambungan pembangunan di daerah ini.

Musa, yang juga Menteri Kewangan Sabah, berkata rakyat di negeri ini khususnya Beaufort bijak membuat keputusan untuk menilai calon BN yang terbaik untuk membela kepentingan mereka pada pilihan raya umum akan datang. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment