My Add

Friday 15 February 2013

Pilih pemerhati pilihan raya umum hak SPR

KUALA LUMPUR, JUMAAT, 15 Februari, 2013: “Sesiapa yang berminat (menjadi pemerhati) boleh memohon tetapi SPR (Suruhanjaya Pilihan Raya) berhak menolak atau menerima permohonan berkenaan.

“Setakat ini, SPR sudah melantik 16 NGO (pertubuhan bukan kerajaan) sebagai pemerhati," katanya Pengerusinya, Tan Sri Abdul Aziz Mohd. Yusof dalam sidang akhbar selepas majlis Rundingan Meja Bulat Pandangan Masyarakat Terhadap SPR anjuran Majlis Profesor Negara (MPN) di sini hari ini.

Bagaimanapun, kata Abdul Aziz, SPR tidak pernah menutup pintu kepada mana-mana NGO atau pihak-pihak tertentu yang mahu memohon menjadi pemerhati.

Beliau mengulas desakan Presiden Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0), Datuk S. Ambiga supaya SPR melantik wakil dari negara-negara Komanwel dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) sebagai pemerhati dalam Pilihan Raya Umum Ke-13. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment