My Add

Thursday 21 February 2013

PM berjanji kerja sehingga 'berkikis bulu betis' selepas PRU-13

 *ORANG ramai mengambil kesempatan untuk bersalaman dan melihat dengan lebih dekat wajah Datuk Seri Najib Razak ketika pemimpin negara itu turun ke padang bagi menghadiri Majlis Bersama Rakyat di Sri Aman, Sarawak hari ini. - UTUSAN

SRI AMAN, KHAMIS, 21 Februari, 2013: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berjanji akan bekerja bersungguh-sungguh sampai ke tahap 'berkikis bulu betis' sekiranya diberi mandat baharu dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).

"Mandat lima tahun ini untuk kita selesaikan agenda rakyat di Sarawak," katanya.

Berkikis Bulu Betis merupakan sebuah lagu Iban yang telah ditulis semula dalam Bahasa Melayu dengan tajuk baharu "Wawasan Berkikis Bulu Betis".

Lagu dalam bahasa Iban kegemaran Najib itu mengisahkan kesungguhan dalam mencapai satu perkara.

Perdana Menteri juga meminta lagu itu dimainkan sekali lagi sebelum beliau beredar daripada Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di sini, sebentar tadi. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment