My Add

Thursday 14 February 2013

PM hadiri mesyuarat tertutup BN Sabah

*NAJIB tiba untuk mempengerusikan perjumpaan tertutup dengan pemimpin Sabah, pagi ini. - Foto NSTP/Mohd Yusni AriffinKOTA 

KINABALU, KHAMIS, 14 Februari, 2013: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pagi ini menghadiri perjumpaan tertutup dengan pemimpin Barisan Nasional (BN) Sabah di Magellan Sutera Resort, dekat sini.

Ketibaan Perdana Menteridisambut Ketua Menteri yang juga Pengerusi UMNO Sabah, Datuk Seri Musa Aman.Selepas itu Perdana Menteri dijadual menghadiri dua Majlis Bersama Rakyat iaitu di Padang Pekan Beaufort pada jam 9.30 pagi, disusuli di Padang Pekan Papar jam 12 tengah hari.

Pada jam 3.30 petang pula, Perdana Menteri akan melancarkan Program Nadi Kasih Peringkat Sabah di Padang Pekan Tuaran. - BH

No comments:

Post a Comment