My Add

Monday 11 February 2013

PM janji selesai kesesakan, bina sistem monorel di Pulau Pinang

GEORGETOWN, 11 Februari,2013: Sistem pengangkutan monorel akan diwujudkan di Pulau Pinang dalam tempoh lima tahun bagi mengatasi masalah kesesakan lalu lintas sekiranya Barisan Nasional (BN) diberi mandat menjadi kerajaan negeri.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata sistem monorel dapat menyelesaikan masalah kesesakan di negeri ini selain meningkatkan kapasiti pengangkutan awam sedia ada di Pulau Pinang.

"Rakyat (Pulau Pinang) boleh mengharapkan kerajaan untuk melaksanakannya dan kita akan menyelesaikan masalah aliran trafik yang semakin sesak di negeri ini.

"Kita mendengar suara rakyat dan pada masa sama kita juga akan bina 20,000 rumah mampu milik," katanya ketika berucap pada Rumah Terbuka Tahun Baru Cina 1Malaysia di Kolej Han Chiang di sini, sebentar tadi.

Kira-kira 100,000 rakyat negeri ini hadir pada majlis rumah terbuka itu. - BH

No comments:

Post a Comment