My Add

Friday 22 February 2013

PM ulangi komitmen pilih calon terbaik untuk PRU-13


 *NAJIB Tun Razak (tengah) dan Ketua Menteri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud (tiga kiri) bersama para pemimpin Barisan Nasional Sarawak melaungkan "Hidup BN" sebagai simbolik kesiapsiagaan mereka menghadapi Pilihan Raya Umum K-13 selepas majlis perjumpaan khas bersama pemimpin BN di Kuching, Sarawak hari ini. - UTUSAN

KUCHING, JUMAAT, 22 Februari, 2013: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengulangi komitmen untuk memilih calon terbaik mewakili Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Umum Ke-13.

Tegas beliau, pemilihan calon yang mempunyai kredibiliti itu adalah kesinambungan kepada penerimaan dan sokongan rakyat yang amat baik terhadap polisi kerajaan.

Pembangkang cakap tidak serupa bikin

KUCHING: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan bahawa keengganan pemimpin pembangkang menandatangani ikrar integriti pilihan raya membuktikan mereka cakap tidak serupa bikin.

Katanya, pilihan raya bersih tidak hanya tertumpu kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) semata-mata bahkan calon dan parti juga perlu mainkan peranan untuk hormati undang-undang pilihanraya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment