My Add

Thursday 14 February 2013

Polis Kelantan tingkat kawalan di sempadan

KOTA BHARU, KHAMIS, 14 Februari, 2013: Polis Kelantan akan meningkatkan kawalan keselamatan di sempadan negeri ini bagi memastikan tidak berlaku kemasukkan kumpulan militan Barisan Revolusi Nasional (BRN) yang berpangkalan di selatan Thailand, ke negara ini.

Ketua Polis negeri, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata, pihaknya akan bekerjasama dengan agensi keselamatan lain seperti Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Unit Pencegahan Penyeludupan (UPP) dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) di bawah "Ops Wawasan" yang dikelolakan oleh ATM.

Beliau berkata, pihaknya juga telah meletakkan seramai tiga hingga empat Ketua Polis Daerah di kawasan sempadan untuk mengelakkan pembolosan militan-militan tersebut dari negara jiran.

"Kita turut akan bekerjasama dengan pihak keselamatan Thailand bagi mengesan militan yang cuba melarikan diri ke negara ini," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment