My Add

Friday 15 February 2013

Polis masih berunding dengan kumpulan penceroboh di Lahad Datu

KOTA KINABALU, JUMAAT, 15 Februari, 2013: Polis masih meneruskan rundingan dengan kumpulan penceroboh yang mahu diiktiraf sebagai Askar Diraja Kesultanan Sulu di Lahad Datu dan yakin ia dapat diselesaikan dalam masa terdekat.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib dalam sidang media sebentar tadi berkata, keadaan di sekitar lokasi kejadian di Kampung Tandou dekat Tungku, tidak membimbangkan namun polis masih membuat kawalan rapi. - BH


No comments:

Post a Comment