My Add

Thursday 14 February 2013

Prestasi NKRA memberangsangkan, lepasi sasaran - Shafie Apdal

KOTA KINABALU, RABU, 13 Februari, 2013: Sehingga 31 Disember lalu, sepanjang 3,349.59 kilometer Jalan Asas Luar Bandar (JALB) seluruh negara dibina oleh Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah melalui inisiatif Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) Infrastruktur Asas Luar Bandar.

Menterinya, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal berkata, pencapaian itu melepasi sasaran yang ditetapkan iaitu pembinaan sepanjang 3,006.95 kilometer JALB bagi tahun 2010 hingga akhir 2012.

Selain itu, beliau berkata, pihaknya melalui NKRA itu turut memfokuskan kepada Bekalan Air Luar Bandar (BALB), Bekalan Elektrik Luar Bandar (BELB) dan Program Bantuan Rumah (PBR).

"Bagi BALB, sasarannya adalah sebanyak 329,460 buah rumah dan yang dicapai sehingga tarikh itu sebanyak 254,860 buah rumah, kekurangan ini berpunca daripada beberapa masalah teknikal terutama loji air. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment