My Add

Monday 18 February 2013

Program saringan Perkeso jamin kesihatan pekerja

Oleh HUSSAINI AMRAN
KUALA LUMPUR, ISNIN, 18 Februari, 2013: Tan Sri Muhyiddin Yassin yakin Program Saringan Kesihatan yang dilaksanakan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) berupaya memastikan kesihatan pekerja sentiasa terjamin.

Timbalan Perdana Menteri berkata, menjadi satu hasrat penting kerajaan mengutamakan kesedaran bagi mewujudkan budaya sihat dan selamat.

"Melalui Program Saringan Kesihatan yang percuma ini, kerajaan memberi ruang dan peluang kepada pekerja-pekerja yang layak untuk mendapatkan diagnosis sesuatu penyakit," katanya ketika berucap merasmikan majlis pelancaran Program Saringan Kesihatan Perkeso Peringkat Kebangsaan di Zon Perindustrian Bebas Sungei Way dekat sini hari ini.

Yang turut hadir Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Maznah Mazlan; Ketua Setiausaha Kementerian Sumber Manusia, Datuk Seri Zainal Rahim Seman; Pengerusi Lembaga Pengarah Perkeso, Datuk Abu Huraira Abu Yazid; Ketua Eksekutif Perkeso, Datuk K. Selvarajah; Naib Presiden Persatuan Majikan-majikan Malaysia (MEF), A. Ramadass dan Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), Khalid Atan.

Program melibatkan peruntukan RM200 juta seperti yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib dalam sesi pembentangan Bajet 2013 tahun lalu memberi manfaat kepada 1.9 juta pekerja di seluruh negara. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment