My Add

Sunday 10 February 2013

Psy dijangka tiba di PP dengan jet peribadi esok

GEORGETOWN, AHAD, 10: Park Jae-Sang atau Psy yang mencipta nama di peringkat antarabangsa dengan Oppa Gangnam Style dijangka tiba di sini dengan menaiki jet peribadi awal esok untuk membuat persembahan pada Rumah Terbuka Tahun Baru Cina 1Malaysia.

Bintang sensasi K-pop Korea Selatan itu dan rombongannya dijangka menuju terus lokasi acara iaitu Sekolah Hang Chiang sebaik tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang, Bayan Lepas.

Penganjur setakat ini belum pasti masa ketibaan Psy tetapi mengesahkan bintang K-pop itu meminta pengiring untuk membawanya ke Sekolah Han Chiang. - BH

No comments:

Post a Comment