My Add

Friday 15 February 2013

Psy ditaja swasta, bukan libatkan wang rakyat

PULAU PINANG, KHAMIS, 14 Februari, 2013: Persembahan Psy yang dikenali dunia dengan lagunya Gangnam Style di Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina 1Malaysia di sini Isnin lalu, ditaja pihak swasta.

Pengerusi Barisan Nasional (BN) negeri, Teng Chang Yeow berkata, tiada wang kerajaan dibayar kepada pihak pengurusan Scooter Braun Projects bagi mengadakan persembahan tersebut.

"Duit siapa tidak penting kerana ia tidak melibatkan wang rakyat dan yang pasti kami (BN) menunaikan janji kepada rakyat," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita dalam majlis Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina anjuran Gerakan negeri, di sini hari ini.

Yang turut hadir, Pengerusi Gerakan negeri, Datuk Dr. Teng Hock Nan

Psy atau nama sebenarnya, Park Jae-sang dari Korea Selatan membuat persembahan sempena Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina 1Malaysia anjuran BN negeri di padang Kolej Han Chiang, di sini Isnin lalu. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment