My Add

Friday 8 February 2013

Rahman Palil tidak pertahan kerusi DUN Sementa

ABDUL Rahman Palil (duduk tiga kanan) dan Datuk Song Kee Chai bergambar bersama sebahagian media yang hadir pada majlis Sambutan Tahun Baharu Cina bersama Media di Klang, Selangor malam tadi.
KLANG, JUMAAT, 08 Februari, 2013 Seorang lagi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional (BN) Selangor mengumumkan tidak akan mempertahankan kerusinya dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) nanti.

ADUN Sementa, Datuk Abdul Rahman Palil mengumumkan perkara itu semasa berucap dalam majlis Sambutan Tahun Baharu Cina Bersama Media anjuran Pengerusi MCA Bahagian Kapar, Datuk Song Kee Chai di sini malam tadi.

Bagaimanapun, Abdul Rahman yang menang tanpa bertanding pada pilihan raya umum lalu berkata, beliau tidak akan menolak sekiranya ditawarkan bertanding di peringkat Parlimen.

"Saya memang telah menawarkan diri untuk tidak bertanding kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam pilihan raya kali ini tetapi jika ditawarkan bertanding kerusi Parlimen, saya akan terima.

"Kalau tidak ditawarkan pun (kerusi Parlimen) saya tidak kecil hati,'' kata beliau. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment