My Add

Monday 18 February 2013

Rakyat akan tolak Pas - Zahid Hamidi

BAGAN DATOH, AHAD, 17 Februari, 2013: Parti seperti Pas yang menggunakan agama untuk kepentingan politik akhirnya akan ditolak oleh rakyat seperti yang berlaku di negara-negara lain.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, analisis komunikasi politik menunjukkan sokongan terhadap parti berasaskan agama termasuk Islam, Hindu, Kristian dan Yahudi tidak bertahan lama setelah rakyat menyedari parti-parti tersebut sebenarnya cuma 'menunggang' agama untuk meraih kuasa politik.

"Cuba kita tengok Parti Bharatiya Janata (BJP) di India yang berasaskan fahaman Hindu dapat peluang memerintah selama sepenggal, tetapi akhirnya ditolak oleh penganut Hindu di India kerana mereka hanya memainkan agama untuk mendapat kuasa politik.

"Sama juga dengan apa yang berlaku di Malaysia apabila Pas mahu melaksanakan hudud dan mengubah Perlembagaan kepada Perlembagaan Islam sepenuhnya, tetapi selepas tiga empat hari, mereka tarik balik," katanya.- UTUSAN

No comments:

Post a Comment