My Add

Tuesday 19 February 2013

Rakyat Kelantan perlu lakukan perubahan - Ali Rustam

RANTAU PANJANG 19 Feb. - Demi masa depan yang lebih baik, rakyat Kelantan perlu melakukan perubahan dengan menolak kerajaan Pas pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13 ) nanti.

Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam berkata, rakyat Kelantan harus membuat pilihan tepat pada PRU-13 dengan memilih Barisan Nasional (BN) untuk terus membela nasib mereka.

Beliau berkata, kepimpinan Pas harus segera ditolak supaya hak rakyat terutamanya membabitkan soal tanah dikembalikan semula kepada mereka dan bukannya kepada individu luar.

Katanya, apa yang berlaku sekarang kerajaan Pas Kelantan sanggup menggadai tanah untuk diberikan kepada orang luar termasuk kepada pemimpin DAP.

"Orang DAP jadi kaya kerana dapat tanah Kelantan yang sepatutnya menjadi hak rakyat Kelantan. Tambah menyedihkan apabila tanah yang diusahakan mereka turut diambil atas nama Ladang Rakyat.

"DAP bukan sokong PAS tapi dia nak balak semata-mata. Rakyat pula tidak menikmati apa-apa seolah-olah seperti 'kera di hutan disusukan, anak di rumah mati kelaparan. Jadi inilah masanya untuk rakyat mengunakan hak mereka hentikan semua ini," katanya.

Beliau berkata demikian pada pemberita selepas melawat Peti Daerah Mengundi (PDM) Banggol Kulim di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment