My Add

Tuesday 19 February 2013

RM500 juta baiki 1,608 sekolah rosak teruk

BATU PAHAT, ISNIN, 18 Februari, 2013: Kerajaan memperuntukkan sebanyak RM500 juta sepanjang tahun ini bagi membaik pulih 1,608 sekolah di seluruh negara yang berada pada tahap rosak teruk serta dikhuatiri boleh membahayakan pelajar.

Timbalan Menteri Pelajaran, Dr. Mohd. Puad Zarkashi berkata, peruntukan itu merupakan insentif pertama yang disalurkan melalui Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia untuk membaik pulih sekolah-sekolah.

Menurutnya, kebanyakan sekolah yang tersenarai dalam kategori rosak teruk itu terletak di kawasan pedalaman terutamanya di Sabah dan Sarawak serta memerlukan pembaikan secepat mungkin.

“Semua sekolah di seluruh negara berada pada kategori ditetapkan seperti baik, sederhana, rosak kecil dan rosak teruk. Tetapi pada peringkat awal, kementerian memberi tumpuan untuk membaik pulih sekolah rosak teruk dahulu. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment