My Add

Friday 22 February 2013

ROS perlu siasat segera DAP - David Dass

KUALA LUMPUR, KHAMIS, 21 Februari, 2013: Pendaftar Pertubuhan (ROS) digesa segera menyiasat DAP ekoran kesilapan pengiraan undi dalam pemilihan Jawatankuasa Kerja Pusat (CEC) parti itu yang menyaksikan wakil Melayu tiba-tiba terpilih.

Naib Pengerusi DAP Cawangan Ladang Paroi, A. David Dass berkata, siasatan tersebut perlu berikutan beliau percaya apa yang berlaku telah didalangi oleh unsur-unsur manipulasi.

"Ramai pemimpin dan anggota cawangan begitu kecewa berhubung dakwaan manipulasi keputusan pemilihan parti kali ini apatah lagi DAP memang terkenal dengan slogan ketelusan.

"Saya harap ROS akan mengambil tindakan sewajarnya bagi menyiasat perkara itu dan membantu anggota parti menyelesaikan pertikaian yang berlaku dan menghalang manipulasi keputusan pemilihan DAP baru-baru ini di bawah Akta Pertubuhan," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment