My Add

Friday 8 February 2013

Rumah mampu milik P. Pinang mahal

PULAU PINANG, KHAMIS, 07 Februari, 2013: Orang ramai yang mengunjungi kaunter Program Pendaftaran Minat Untuk Perumahan Mampu Milik anjuran Kerajaan DAP Pulau Pinang menyifatkan harga rumah yang ditawarkan masih mahal.

Pekerja swasta, Faizal Hussain, 32, berkata, walaupun terdapat beberapa kategori rumah yang ditawarkan iaitu kos rendah dan sederhana, harganya masih di luar kemampuan terutama bagi golongan berpendapatan rendah sepertinya.

"Rakyat berpendapatan bawah RM3,000 seperti saya tidak mampu untuk membeli rumah kos sederhana berharga lebih RM200,000 seperti mahu dibina oleh kerajaan negeri di Batu Kawan.

"Gaji kecil serta berhadapan peningkatan kos sara hidup memang agak mencabar untuk menguruskan kewangan,'' katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment