My Add

Wednesday 13 February 2013

Sarawak bebas daripada fenomena air pasang merah

KUCHING, RABU, 13 Februari, 2013: Jabatan Perikanan Laut Sarawak (JPLS) mengesahkan negeri ini bebas daripada fenomena air pasang merah selepas memperolehi keputusan negatif terhadap sampel air, kerang dan ikan pelagik di perairan Lawas.

Timbalan Pengarah (Pembangunan) JPLS, Bohari Leng berkata, keputusan itu diperolehi semalam dan mendapati fenomena tersebut hanya berlaku di kawasan perairan Sabah.

"Sehubungan itu, orang ramai tidak perlu bimbang untuk makan hidupan laut seperti kerang dan ikan kerana ia bebas daripada dicemari toksik.

"Bagaimanapun, pihak JPLS akan terus melakukan pemantauan dari masa ke semasa di kawasan perairan negeri ini sebagai langkah berjaga-jaga," katanya di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment