My Add

Monday 11 February 2013

'Semoga Malaysia sentiasa dilimpahi rahmat'

 *NAJIB bersama Rosmah Mansor serta Muhyiddin Yassin, Chua Soi Lek dan Liow Tiong Lai (kiri) membuat ucapan simbolik Tahun Baharu Cina sewaktu menghadiri Majlis Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina MCA di padang Flat Sri Johor, Cheras, Kuala Lumpur, semalam.

KUALA LUMPUR, AHAD, 10 FebRUARI, 2013: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak melahirkan harapannya untuk melihat rakyat serta negara ini sentiasa dilimpahi rahmat.

Pada masa sama beliau menyifatkan majlis rumah terbuka Tahun Baharu Cina anjuran MCA yang diadakan di Bandar Tun Razak hari ini sebagai bukti bahawa Barisan Nasional (BN) sentiasa mendahulukan rakyat.

"Melalui konsep rumah terbuka kita dapat bersama-sama meraikannya dengan rakyat di peringkat akar umbi seperti mana sambutan Tahun Baharu Cina anjuran MCA.

"Kali ini Bandar Tun Razak menjadi tuan rumah. Sebenarnya penganjuran rumah terbuka ini membawa pengertian bahawa BN merupakan sebuah parti sentiasa mendahulukan rakyat," katanya.

Beliau bercakap kepada pemberita ketika berkunjung ke rumah terbuka Tahun Baharu Cina anjuran MCA di Bandar Tun Razak di sini hari ini.

Yang turut hadir isteri beliau, Datin Seri Rosmah Mansor; Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin; Presiden MCA, Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek; Timbalannya, Datuk Seri Liow Tiong Lai dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri G. Palanivel.

Hadir sama dua bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dan Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Lebih 10,000 rakyat pelbagai kaum hadir pada majlis tersebut.

Lebih istimewa dalam kunjungan ke majlis tersebut, Najib dan Muhyiddin turut memakai pakaian tradisi kaum Cina.

Sementara itu ketika ditanya mengenai signifikan tahun ular mengikut kalendar orang Cina Perdana Menteri berkata, mengikut kepercayaan kaum itu tahun ular merupakan tahun keuntungan.

"Walau apa pun saya berharap tahun ini akan membawa rahmat kepada negara dan rakyat Malaysia," ujarnya.

Menjawab satu soalan beliau secara berseloroh berkata, tiada pengumuman besar cuma yang ada makan besar. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment