My Add

Monday 18 February 2013

Seorang lelaki ditahan, lima kes curi kabel di Besut selesai

BESUT, ISNIN, 18 Februari, 2013: Polis percaya dapat menyelesaikan lima kes curi kabel Telekom Malaysia (TM) di sekitar daerah Besut apabila menahan seorang lelaki di Alor Lintah, di sini, Jumaat lalu.

Lelaki berusia 45 tahun itu ditahan pada jam 8 malam ketika sedang memotong kabel TM berhampiran Masjid Alor Lintah, kata Timbalan Ketua Polis Daerah Besut, Deputi Superitendan Noor Zainy Mohd Noor.

Polis turut merampas 50 meter kabel yang dikerat dipercayai untuk dijual, tiga batang besi paip panjang yang mempunyai sabit di hujungnya, pemotong dawai, sebilah parang, pisau, lampu suluh, sarung tangan dan tiga gelung kabel TM serta sebuah motosikal.

"Lelaki yang berasal dari Seberang Jerteh itu mempunyai rekod jenayah lampau membabitkan kes narkotik da

Dalam kes berasingan, polis menahan dua lelaki dan seorang wanita dalam serbuan di sebuah rumah di Kampung Bukit Payong, Hulu Besut awal pagi ini dan merampas 180 biji pil methamphetamine bernilai RM3,600.

Beliau berkata, wanita berusia 22 tahun yang berasal dari Bachok, Kelantan itu dikatakan teman wanita seorang daripada lelaki terbabit. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment