My Add

Friday 22 February 2013

Sikap kerajaan jamin pertumbuhan pelaburan

KUALA LUMPUR, KHAMIS, 21 Februari, 2013: Kestabilan politik serta sikap mesra pelabur kerajaan berperanan penting mendorong pertumbuhan pelaburan swasta pada kadar 22 peratus bagi keseluruhan 2012, iaitu merupakan pencapaian tertinggi untuk tempoh beberapa tahun.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, usaha kerajaan tersebut telah meyakinkan pelabur untuk melakukan aktiviti ekonomi.

Jelasnya, pelbagai pelan dan strategi berkaitan pembangunan infrastruktur serta bantuan ekonomi telah merancakkan pelbagai pelaburan di dalam negara serta permintaan domestik.

“Kerajaan akan terus berusaha mengekalkan momentum sedia ada.

“Tahun ini dilihat sebagai pelaksanaan serta pengenalan pelbagai projek yang telah diperkenalkan kerajaan. Hal ini sekali gus berpotensi untuk menggalakkan pelaburan serta perbelanjaan," katanya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment