My Add

Tuesday 12 February 2013

Sindiket edar dadah ubah taktik

Oleh ANGELINA SINYANG

 Jamaludin Kudin
 KUALA LUMPUR, ISNIN, 11 Februari, 2013: Semakin ramai pengedar dadah kini menjadi jutawan termasuk yang bergelar datuk, membuka perniagaan sah bagi melindungi harta hasil aktiviti haram itu daripada dikesan dan dirampas pihak berkuasa.

Antara perniagaan sah yang diceburi mereka adalah membuka kedai tayar, restoran, syarikat teksi dan kedai runcit.

Selain itu, polis turut mengesan pengedar dadah menggunakan wang haram diperoleh untuk menjalankan perniagaan pinjaman wang atau ah long.

Semua perniagaan itu sebenarnya hanya 'batu loncatan' bagi membolehkan mereka mengisytiharkan harta dan wang bernilai jutaan ringgit dimiliki melalui hasil pengedaran dadah diperoleh melalui sumber sah.

Dengan pengisytiharan itu, mereka akan terlepas daripada dikenakan tindakan di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram (AMLA). - UTUSAN

No comments:

Post a Comment